SI DEBOK

10.06.2010

SPLIT PERSONALITY (SCHIZOPHENIA)



Assalamualaikum
Dan
Salam sejahtera ke atas kamu
Dan juga
Salam 1 Malaysia

Hari ni aku nak ceritakan sikit pasal "SPLIT PERSONALITY" atau dalam bahasa saintifiknya SCHIZOPHENIA . Benda ni ialah penyakit tau , penyakit mental yang sangat teruk ciri - ciri kecacatan yang berterusan pada penerimaan seseorang (perception) pada gambaran alamm sebenar . Orang yang mengalami SCHIZOPHENIA dan tak dirawat biasanya akan menunjukkan pemikiran yang tak teratur dan berterabur (tak betul la tu) . Orang yang mengalami penyakit ni akan mengalami delusi dan halusinasi pendengaran . Delusi atau dalam Englishnya delusion ialah khalayan . Halusinasi pendengaran pulak ialah suara - suara yang menyuruh seseorang itu untuk melakukan sesuatu perkara sama ada baik atau buruk .

Istilah "schizophenia" berasal daripada bahasa Greek σχίζω (Schizo yang bermaksud "memecahkan" atau "membahagikan") dan φρ?ν (phen yang bermaksud "minda") . Walaupun dalam bahasa saintifiknya SCHIZOPHENIA , ia bukan bukannya sama seperti masalah identiti berpisah (dissociative identity disorder) atau juga dikenali sebagai masalah personaliti pelbagai (multiple personality disorder) . Atau juga dikenali "identity terpisah - split personality " .

Jadi korang usha - usha dulu diri korang ni sama ada korang normal atau tak . Hehehehe......

Assalamualaikum
PEACE NO WAR
PEACE ANWAR
Blogger Templates

2 ulasan:

Komen la kat sini !