SI DEBOK

10.13.2010

SOLAT JUMAAT

Assalamualaikum
Dan
Salam sejahtera ke atas kamu
Dan
Salam 1 Malaysia

 
Hari ni aku nak cerita pasal solat Jumaat . Korang kan selalu pergi solat jumaat (bagi lelaki) , dengar pasal solat jumaat ( bagi perempuan ). Yang sebenarnya , korang tau ke tak pasal solat jumaat ni . Haaa.... ni yang aku nak cerita sikit ni. Bace aaaa.....

 
Maksud solat Jumaat ialah solat dua rakaat yang dilakukan dalam waktu zohor pada hari Jumaat yang didahului dua khutbah dengan syarat - syarat yang tertentu .

 
(JANGAN MEMANDAI - MANDAI BUAT TIME ASAR KE , TIME YANG TAK BERKENAAN DENGAN ZOHOR DAN JUGA JANGAN MEMANDAI - MANDAI TAMBAH RAKAAT KALAU TAK NAK KENE LUKU DEK JEMAAH)

 
Kenapa hari Jumaat ?
Ini kerana hari Jumaat ialah " SAYYIDUL AYYAM " . Ape benda SAYYIDUL AYYAM tu . Haaaa.... gagap - gagap . SAYYIDUL AYYAM bermaksud ........(effect drum)........ "PENGHULU SEGALA HARI" . Jadi , nak tunjukkan hormat kita pada penghulu tersebut . Kita buat benda2 special . Macam kita hormat kat ketua kita , mesti kita laksanakan arahan .

 

 
Yang seterusnya ,
Hukumnya adalah wajib bagi Muslim yang cukup syarat - syaratnya . Ape syarat - syaratnya ? Nanti aku kasi tau . Muslim bermaksud orang Islam lelaki . Kalau perempuan pulak Muslimat . Ade perbezaannya . Tadi kan gua dah cakap yang wajib bagi Muslim tapi bagi Muslimat ape pulak ? Hukum bagi Muslimat pula ialah HARUS .

 
Firman Allah S.W.T :

 


 
"Wahai orang yang beriman , apabila diseru Azan untuk mengerjakan solat hari Jumaat , maka segeralah kamu pergi ke masjid untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang Jumaat) dann tinggalkanlah jual beli (pada saat itu) yang demikian adalah lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya) "
Surah Al-Jumaat : Ayat 9
Firman Allah diatas menunjukkan lelaki yang cukup syaratnya adalah wajib menunaikan solat Jumaat . Mereka hendaklah segera kemasjid apabila masuk waktu solat Jumaat . Pada waktu itu haram melakukan sebarang pekerjaan .

 
Sabda Rasulullah S.A.W :


 

 
Daripada Tharik bin Shahab , daripada Nabi Muhammad S.A.W. :

 
"Solat Jumaat wajib ditunaikan oleh setiap Muslim secara berjemaah kecuali empat golongan iaitu hamba yang dimiliki , perempuan , kanak - kanak dan orang yang sakit "

 

 
Empat golongan yang tidak diwajibkan solat Jumaat ialah :
  • Hamba yang dimiliki
  • Perempuan
  • Kanak - kanak
  • Orang yang sakit
Yang seterusnya ,
Agama Islam sangat mengambil berat supaya umatnya menunaikan setiap tuntutan Fardu Ain . Namun begitu , agama Islam juga tidak membenarkan umatnya mengabaikan tanggungjawab mencari nafkah hidup .
Firman Allah S.W.T :

 

 
"Kemudian setelah selesai sembahyang , maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing - masing) dan carilah apa yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah banyak - banyak (dalam segala keadaan) , supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat)."

 
Meninggalkan solat jumaat tanpa keuzuran yang diharuskan oleh syarak adalah berdosa .
Sesiapa yang meninggalkan solat Jumaat dengan sengaja tiga kali berturut - turut . Akan ditutup hatinya daripada menerima hidayah Allah S.W.T.

 

Keistimewaan Jumaat


 
Dari tadi aku asyik cerita solat Jumaat ajer , ni aku nak ceritakan . Ape yang istimewa sangat solat Jumaat nih .
  1. Penghulu sekalian hari.(SAYYIDUL AYYAM)
  2. Hari Nabi Adam Alaihissalam dijadikan dan diwafatkan.
  3. Hari Nabi Adam dikeluarkan dari syurga dan diturunkan di dunia.
  4. Allah mengurniakan rahmat dan berkat kepada hamba - hambanya.
  5. Allah memakbulkan doa hamba - hambanya yang soleh.
  6. Hari berlakunya kiamat.
 

 

 
Syarat wajib solat Jumaat : 
  • ISLAM : Tidak wajib keatas orang kafir . 
  • BALIGH : Tidak wajib keatas kanak - kanak.
  • BERAKAL : Tidak wajib keatas orang giila , mabuk atau pengsan .
  • LELAKI : Tidak wajib keatas wanita .
  • BERKEMAMPUAN : Tidak wajib keatas orang yang uzur atau perkara yang menghalangnya ke masjid.
  • BERMUKIM :Tidak wajib bagi musafir .
  • MERDEHEKA : Tidak wajib bagi hamba.

 
Syarat sah solat Jumaat pulak :
  1. Ditunaikan di tempat khas seperti di masjid atau di tanah lapang bagi penduduk tetap .
  2. Ditunaikan dalam waktu zohor.
  3. Ditunaikan secara berjemaah .
  4. Sekurang - kurangnya ditunaikan oleh 40 jemaah .
  5. Didahului 2 khutbah sebelum solat Jumaat.

 
HIKMAH SOLAT JUMAAT
 
Setiap benda yang kita buat mesti ganjarannya . Usha - usha la ye .

 
 
  • Mempertingkatkan keimanan dan ketakwaan.
  • Mengukuhkan ikatan silaturrahim.
  • Mempertingkatkan semangat tanggungjawab kepada agama.
  • Mengenai isu - isu semasa mengenai umat Islam.

 
Sampai di sini sahaja . Kalau ada soalan sila komen ye .

P/S : Sorry pasal hadis dengan firman tuh takde yang arabnye . Tak tau nak cari kat mane .

Assalamualaikum
PEACE NO WAR
PEACE ANWAR

N

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen la kat sini !